Apa itu kandungan anggur1

Apa itu Kandungan Anggur ( Molar Pregnancy )?

Ibu, 36 tahun menganding kali ke lima dimasukkan ke hospital kerana tumpah darah yang serius, usia kandungan 14 minggu. Sebelum itu didapati ibu mengalami muntah yang teruk semenjak mula mengandung.

Di wad kecemasan didapati iu sangat pucat, tekanan darahnya sangat tinggi 180/110 dan bengkak kedua kaki. Tinggi rahimnya 20 cm lebih besar dari umur kandungan.

Selain dari darah yang turun, didapati banyak tisu-tisu seperti keluar bersama darah dari vagina. Ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungan ibu. Ibu didiagnosakan mengalami kehamilan anggur atau molar pregnancy.

 

Apakah Kehamilan Anggur?

Kehamilan anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu-tisu berupa anggur

Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkkan tanda-tanda kehamilan yang menonjol seperti muntah teruk dan akhirnya akan mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena.

Kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangkamasa panjang yang  serius jika tidak mendapat rawatan segera dan pemantauan berkala.

Adakah Kehamilan Anggur Kerap Berlaku?

Kira-kira 1 dalam 1000 kehamilan di Malaysia adalah kehamilan anggur. Wanita berumur di bawah umur 20 atau lebih 35 tahun jika mengandung lebih cenderung mendapat kandungan anggur. Berbanding dengan wanita di barat, wanita keturunan Asia Tenggara juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kehamilan anggur

Apakah Yang Menyebabkkan Kehamilan Anggur?

Satu kehamilan molar berlaku apabila terdapat masalah tertentu dengan maklumat genetik (kromosom) dalam telur tersenyawa.

Dalam kehamilah biasa, telur disenyawakan mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu. Dalam kehamilan anggur, terdapat kelainan dimana dua sperma mensenyawakan satu telur (ovum) yang sama.

Jenis Kehamilan Anggur.

Apa itu kandungan anggur

1. Kehamilan Anggur Lengkap (Complete Hydatidiform Mole)

Jika ovum itu kosong iaitu tidak mempunyai salinan kromosom, 2 sperma yang membawa 2 salinan kromosom bapa bercantum dan akibatnya ialah kehamilan anggur lengkap. Dalam kes ini, tidak ada embrio, kantung amnion, atau mana-mana tisu plasenta yang normal.

Sebaliknya, plasenta membantuk massa sista yang kelihatan seperti satu kelompok anggur. Jenis ini lebih memberhaya dan berisiko tinggi untuk merebak ke organ badan yang lain seperti barah.

 

2, Kehamilan Molar Paling Separa (Partial Mole)

Telur disenyawakan mempunyai set biasa kromosom daripada ibu (23) dandua set daripada bapa (46), jadi terdapat 69 kromosom dan bukannya 46 biasa.

Ini boleh berlaku apabila kromosom daripada sperma yang disalin atau apabila dua sperma mensenyawakn telur yang sama. Jenis kelainan ini ada beberapa tisu plasenta biasa dan sebahagian embrio di kalangan kelompok tisu yang tidak normal. Jenis ini kurang merbahaya.

Bagaimana Saya Tahu Jika Saya Mengalami Kandungan Anggur?

Pada peringkat awal kehamilan anggur akan nampak seperti kehamilan yang biasa. Berikut adalah tanda-tanda dan gejala kehamilan anggur. Jika anda mengalami atau gejala atau mempunyai tanda-tanda seperti ini, anda harus berjumpa doktor dengan segera:

1. Turun Darah : Ia mungkin menjadi merah terang atau perlepasan coklat, berterusan atau terputus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh bermula seawal enam minggu kehamilan anda atau selewat 12 minggu

2. Keluar tisu-tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina

3. Loya dan muntah yang teruk

4. Kekejangan perut kerana rahim anda boleh berkembang lebih cepat daripada biasa.

5. Preeclampsia : Tekanan darah tinggi yang serius semasa mengandung sebelum kandungan mencapai 20 minggu.

6. Pucat : Kurang darah

7. Syndrom Hyperthyroid : Berpeluh, mengigil, panas badan dan kerap berdebar jantung

8. Batuk darah semasa mengandung

9. Imbasan ultasound menunjukkan tiada janin  dalam kandungan dan rahim lebih besar daripada umur kandungan

10. Tahap hormon hcg lebih tinggi daripada biasa.

 

Rawatan Kehamilan Anggur

Sebaik sahaja diagnos kehamilan anggur dibuat, doktor akan membuat order ujian darah dan imbasan yang lanjut untuk menilai tahap keseriusan dan komplikasi kandungan anggur tersebut

1. Prosedur ‘Suction Evacuation’

Ini adalah satu prosedur untuk mengeluarkan kandungan anggur dari rahim. Prosedur ini memerlukan bius penuh untuk dijalankan. Sebilangan doktor akan mengulangi prosedur ‘suction evacuation’ selepas 2 minggu, kerana kadang-kadang tisu-tisu kandungan anggur itu tidak dapat dikeluarkan secara total tetapi secara berperingkat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge